Monday, May 18, 2009

Apa nak jadi negaraku

Lama sudah aku tidak menyuarakan isi, dalam kesibukan urusan harian hari ini aku terpanggil untuk menulis kembali.

Apa nak jadi negaraku.......
Kita lihat apa yang berlaku disekeliling sekarang,dengan ekonomi yang tidak menentu,musibah penyakit melanda dunia H1N1.Politik negara tidak stabil.Kenapa jadi begini.

Aku jadi bimbang dengan keadaan politik kita.Setelah Pak lah melepaskan jawatan sebagai Perdana menteri dan diambil alih olih Najib dengan visi dan slogan nya One Malaysia.Aku menjadi takut dengan slogan ini, kerana mengikut pandangan peribadiku One Malaysia bermakna "Satu bangsa" iaitu tidak ada melayu,cina,india atau lain-lain bangsa.Ia seakan saperti apa yang diperjuangkan olih keadilan.segalanya sama rata.Adakah ini yang dimaksudkan olih PM kita.

Apa yang berlaku diPerak juga sungguh memalukan.Main sorong tarik.Kalau rakyat didahulukan ikut sahaja kehendak rakyat adakan semula pemilihan raya diperingkat negeri.Biar mereka rakyat perak menentukan kerajaan mana mereka mahu.Kita malu yang bergaduh itu orang melayu,tetapi yang main api India dan cina.Saya merasa kasihan pemikiran orang-orang politik baik UMNO atauPakatan Rakyat mereka berusaha mahukan kuasa, tetapi mereka sebenar jumut.

Kenapa kerajaan kita takut dengan HINDRAF, mereka ini saperti Raja Mendeliar dalam sejarah Melaka dahulu.Simpan sahaja pemimpin mereka dalam ISA lima tahun amanlah negara.Ini bukan main berani memberi kata dua kepada kita.Perkara saperti ini tidak perlu bertolak ansur lagi.

Saya rindukan Malaysia sepuluh tahun dahulu,aman dan stabil.

Thursday, March 19, 2009

CERITA PANAS UMNO BTR

Berita yang dinanti-nantikan UMNO Bandar Tun Razak.PANASSSSSS!!!!!!!!!!!!!!.Apa tidaknya Sejarah Ketua Wanita Bahagian Salmah Pin Digantung 3 tahun.Bercita-cita tinggi semua dia hendak,tidak kira betul atau salah halal atau haram janji semua kemahuannya pasti termakbul.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga.Ingat asal usul.Apa yang berlaku bukan angkara fitnah atau dengki,tetapi silap percaturan kerana allah tidak restu perbuatan munafik.Jangan gunakan agama mengaburi mata wanita diBandar Tun razak.

Saturday, February 7, 2009

Malu dengan Melayu sesat

Agak kecewa melihat rata rata orang melayu yang membuat kecoh didepan masjid dan istana diPerak.Apakah mereka tidak sedar dan dapat dengan perbuatan begitu.Orang melayu Perak harus sedar dan faham, kita jangan memikirkan soal parti mana yang memimpin asalkan dia adalah orang melayu.Itu lebih penting.Melayuuuuuuuuuu..........................Jadi Nizar pun melayu begitu juga Zambry.Cuma bezanya barisan Nizar ada ramai kafir2.Barisan Zambry kemungkinan majoriti melayuuuuu.

Apa yang nak direbutkan? melayu berkopiah apa yang dapat membuat rusuhan? Cina India melihat saja.Adakah anak bini dirumah sudah cukup semuanya.Fikir........ fikirlah.Jangan diikutkan sangat nafsu dan perasaan.Cukup apa yang kita telah lihat apa yang berlaku diPerak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat.Nizar cuma patung saja.

Istafar banyak banyak.................................................

Thursday, January 29, 2009

Cerita Dongeng

Kita sering terbaca diakhbar dan laungan para pak menteri ingin menolong bumiputra berniaga.Maka ujudlah bermacam macam dana, tabung untuk membantu bumiputra.Para usahawan yang mendengar dan terbaca bukan main seronok lagi.Inilah peluang mereka membesarkan perniagaan atau menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat.Sme bank ditubuhkan katanya dulu tak payah ada penjamin,entah bermacam-macam lagilah katanya.

Seorang usahawan ini bukan main seronoknya apabila mendapat satu projek besar.Dalam kepala inilah peluang akan merubah hidupnya, kerana modal tak cukup tentu sme bank akan bantu.Berminggu minggu turun naik bank nak dapat pinjam RM2 juta.Keputusan pinjaman lulus tetapi dengan berbagai syarat .saperti mesti ada jaminan tak kurang RM4 juta.

Usahawan ini ada projek tetapi tak ada duit.Dapat pinjaman tetapi kena buktikan ada duit lebih daripada pinjaman.Mereka hendak buat pinjaman kerana tidak ada duit,tetapi kalau ada duit buat apa nak pinjam.Peraturan yang disediakan tak masuk akal.Bukan setakat sme sahaja buat peraturan ini, bank commersial juga sama.Semua nya Cerita Dongeng kata nak tolong indah khabar dari berita saja.

Tuesday, January 27, 2009

Kita perlu ada kesedaran.

Sedarkah kita apa yang sedang berlaku kepada gadis dan wanita melayu yang sukakan lelaki asing.Terutamanya lelaki berbangsa Afrika.Saya menjadi begitu bimbang dengan apa yang berlaku sekarang.Banyak kita terbaca diakhbar dan berita mengenai gadis dan wanita melayu ditipu oleh kumpulan ini, terutama dibandar-bandar besar saperti Kuala Lumpur.

Mengapa saya terpanggil untuk bercerita mengenai perkara ini kerana saya diibaratkan saperti tempat pengaduan daripada gadis dan lelaki berkulit hitam ini.Dua tiga kes yang dihadapi oleh gadis-gadis ini saperti masalah perkahwinan dan terlibat dalam sendikit penipuan.

Sedarkah kerajaan kita atau kementerian pengajian tinggi yang membenarkan kemasukan pelajar-pelajar daridapa Afrika saperti Nigeria , Cammeroon, Sera Leon dan beberapa negeri dibenua Afrika ini.Adakah mereka benar-benar belajar atau mengunakan student pass untuk tinggal dinegara ini.Apa yang saya dapati banyak ipta menjual student pass kepada pelajar-pelajar asing.Jadi apa yang mereka buat diMalaysia???......
belajar tidak...... bekerja pun tidak.....apa yang saya dapati mereka menjalankan sendikit penipuan kepada orang Malaysia dan warga asing, melalui internet.

Bagi memudahkan dan keselamatan mereka.Mereka akan memancing gadis Malaysia tak kira apa bangsa.Tetapi kebanyakannya gadis melayu.

Sedarlah bagaimana harus kita sekat perkara ini.Mereka menggunakan gadis ini untuk berinteraksi dalam bahasa melayu untuk menipu dan mengedar dadah.

Sekiranya anda ada pandangan sila comment......