Sunday, January 24, 2010

Hidup ini

Lama aku meninggalkan halaman ini.....Apa tidaknya sentiasa sibuk dengan urusan kehidupan.Yealah hidup ini perlu diteruskan walau apa dugaan,walau apa halangan mesti diterukan.Aku akan cuba untuk merakam semula lakar kehidupan ini.


Perjalanan kehidupan ku yang penuh dengan dugaan dan rintangan, puas ku gagahi hingga kesaat ini.


Berlari-lari aku masuk kebawah rumah,eton memberikan signal supaya aku diam,sambil memberi isaharat petunjuk keatas dan menutup mulut.Kami tiga beradik duduk mencanggung sambil memerhatikan rumah depan dan menunggu kelibat perempuan.Perempuan inilah yang menghuruharakan keluargaku.Saperti kebiasaan setiap petang abah akan bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan kekasihnya.Gelagatnya menjadi perhatian kami kerana abah akan berdiri didepan tingkap memberi isharat kepada perempuan itu yang dia akan datang mengambilnya.Ini terjadi semasa emak sibuk mencari rezeki dikedai.


Subuh-subuh lagi emak keluar berniaga dikedai menjual nasi sehingga pukul tujuh malam.Abah tidak mengambil peduli akan kami adik beradik.Aku kesian melihat emak berkerja kuat siang malam,apa tidaknya selepas menutup kedai dirumah membuat persediaan untuk jualan besuknya.