Monday, May 18, 2009

Apa nak jadi negaraku

Lama sudah aku tidak menyuarakan isi, dalam kesibukan urusan harian hari ini aku terpanggil untuk menulis kembali.

Apa nak jadi negaraku.......
Kita lihat apa yang berlaku disekeliling sekarang,dengan ekonomi yang tidak menentu,musibah penyakit melanda dunia H1N1.Politik negara tidak stabil.Kenapa jadi begini.

Aku jadi bimbang dengan keadaan politik kita.Setelah Pak lah melepaskan jawatan sebagai Perdana menteri dan diambil alih olih Najib dengan visi dan slogan nya One Malaysia.Aku menjadi takut dengan slogan ini, kerana mengikut pandangan peribadiku One Malaysia bermakna "Satu bangsa" iaitu tidak ada melayu,cina,india atau lain-lain bangsa.Ia seakan saperti apa yang diperjuangkan olih keadilan.segalanya sama rata.Adakah ini yang dimaksudkan olih PM kita.

Apa yang berlaku diPerak juga sungguh memalukan.Main sorong tarik.Kalau rakyat didahulukan ikut sahaja kehendak rakyat adakan semula pemilihan raya diperingkat negeri.Biar mereka rakyat perak menentukan kerajaan mana mereka mahu.Kita malu yang bergaduh itu orang melayu,tetapi yang main api India dan cina.Saya merasa kasihan pemikiran orang-orang politik baik UMNO atauPakatan Rakyat mereka berusaha mahukan kuasa, tetapi mereka sebenar jumut.

Kenapa kerajaan kita takut dengan HINDRAF, mereka ini saperti Raja Mendeliar dalam sejarah Melaka dahulu.Simpan sahaja pemimpin mereka dalam ISA lima tahun amanlah negara.Ini bukan main berani memberi kata dua kepada kita.Perkara saperti ini tidak perlu bertolak ansur lagi.

Saya rindukan Malaysia sepuluh tahun dahulu,aman dan stabil.

1 comment:

LeeSlimShady said...

benarkah begitu cik mawar saya bersetuju agar DUN perak di bubarkan..........

tapi sentimen perkauman yang cik mawar hamburkan ini tak begitu sesuai di lihat,HINDRAF perjuang hak bangsa dan agamanya jadi jangan lah di sekat,bila disekatdan di humban ke dalam I.S.A maka makin ganaslah mereka jadinya,Lihatlah bagaimana Pakatan Rakyat berjaya Menjinakkan HINDRAF ini harus di Contohi oleh UMNO dan Barisan Nasional...saudari kena muhasabah akan hal ini dan jangan berfikir kearah sintimen perkauman..

ingat Rasullulah S.A.W berjuang dan berperang di atas slogan apa? adakah Baginda berjuang atas slogan Hidup Arab? atau slogan Hidup melayu? mengapa Baginda berjuang atas slogan "takbir" "allah hu..akbar"? tidak kah slogan ini adalah slogan yang mewakili semua bangsa dan akum secarajelas agama kita melarang keras menerbitkan rasa sentimen perkauman ..jadi jangan lah saudara mengetengahkan sentimen ini seperti yang telah di jana oleh UMNO dan Barisan Nasional