Thursday, January 29, 2009

Cerita Dongeng

Kita sering terbaca diakhbar dan laungan para pak menteri ingin menolong bumiputra berniaga.Maka ujudlah bermacam macam dana, tabung untuk membantu bumiputra.Para usahawan yang mendengar dan terbaca bukan main seronok lagi.Inilah peluang mereka membesarkan perniagaan atau menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat.Sme bank ditubuhkan katanya dulu tak payah ada penjamin,entah bermacam-macam lagilah katanya.

Seorang usahawan ini bukan main seronoknya apabila mendapat satu projek besar.Dalam kepala inilah peluang akan merubah hidupnya, kerana modal tak cukup tentu sme bank akan bantu.Berminggu minggu turun naik bank nak dapat pinjam RM2 juta.Keputusan pinjaman lulus tetapi dengan berbagai syarat .saperti mesti ada jaminan tak kurang RM4 juta.

Usahawan ini ada projek tetapi tak ada duit.Dapat pinjaman tetapi kena buktikan ada duit lebih daripada pinjaman.Mereka hendak buat pinjaman kerana tidak ada duit,tetapi kalau ada duit buat apa nak pinjam.Peraturan yang disediakan tak masuk akal.Bukan setakat sme sahaja buat peraturan ini, bank commersial juga sama.Semua nya Cerita Dongeng kata nak tolong indah khabar dari berita saja.

Tuesday, January 27, 2009

Kita perlu ada kesedaran.

Sedarkah kita apa yang sedang berlaku kepada gadis dan wanita melayu yang sukakan lelaki asing.Terutamanya lelaki berbangsa Afrika.Saya menjadi begitu bimbang dengan apa yang berlaku sekarang.Banyak kita terbaca diakhbar dan berita mengenai gadis dan wanita melayu ditipu oleh kumpulan ini, terutama dibandar-bandar besar saperti Kuala Lumpur.

Mengapa saya terpanggil untuk bercerita mengenai perkara ini kerana saya diibaratkan saperti tempat pengaduan daripada gadis dan lelaki berkulit hitam ini.Dua tiga kes yang dihadapi oleh gadis-gadis ini saperti masalah perkahwinan dan terlibat dalam sendikit penipuan.

Sedarkah kerajaan kita atau kementerian pengajian tinggi yang membenarkan kemasukan pelajar-pelajar daridapa Afrika saperti Nigeria , Cammeroon, Sera Leon dan beberapa negeri dibenua Afrika ini.Adakah mereka benar-benar belajar atau mengunakan student pass untuk tinggal dinegara ini.Apa yang saya dapati banyak ipta menjual student pass kepada pelajar-pelajar asing.Jadi apa yang mereka buat diMalaysia???......
belajar tidak...... bekerja pun tidak.....apa yang saya dapati mereka menjalankan sendikit penipuan kepada orang Malaysia dan warga asing, melalui internet.

Bagi memudahkan dan keselamatan mereka.Mereka akan memancing gadis Malaysia tak kira apa bangsa.Tetapi kebanyakannya gadis melayu.

Sedarlah bagaimana harus kita sekat perkara ini.Mereka menggunakan gadis ini untuk berinteraksi dalam bahasa melayu untuk menipu dan mengedar dadah.

Sekiranya anda ada pandangan sila comment......