Thursday, January 29, 2009

Cerita Dongeng

Kita sering terbaca diakhbar dan laungan para pak menteri ingin menolong bumiputra berniaga.Maka ujudlah bermacam macam dana, tabung untuk membantu bumiputra.Para usahawan yang mendengar dan terbaca bukan main seronok lagi.Inilah peluang mereka membesarkan perniagaan atau menyelamatkan perniagaan mereka yang tenat.Sme bank ditubuhkan katanya dulu tak payah ada penjamin,entah bermacam-macam lagilah katanya.

Seorang usahawan ini bukan main seronoknya apabila mendapat satu projek besar.Dalam kepala inilah peluang akan merubah hidupnya, kerana modal tak cukup tentu sme bank akan bantu.Berminggu minggu turun naik bank nak dapat pinjam RM2 juta.Keputusan pinjaman lulus tetapi dengan berbagai syarat .saperti mesti ada jaminan tak kurang RM4 juta.

Usahawan ini ada projek tetapi tak ada duit.Dapat pinjaman tetapi kena buktikan ada duit lebih daripada pinjaman.Mereka hendak buat pinjaman kerana tidak ada duit,tetapi kalau ada duit buat apa nak pinjam.Peraturan yang disediakan tak masuk akal.Bukan setakat sme sahaja buat peraturan ini, bank commersial juga sama.Semua nya Cerita Dongeng kata nak tolong indah khabar dari berita saja.

2 comments:

ZAMAN said...

Bank ni sebenarnya berniaga bukan nak tolong, kalau dia bagi pinjaman pun dia tengok orang, selalunya orang yang dah kaya senang dapat. macam kita ni nak buat pinjaman macam-macam alasan bank bagi..........

Unknown said...

Bank selalu nya bagi pinjaman pada orang yang berduit saja.Selalunya nak buat pinjaman mereka nak tenguk statment kita.