Sunday, January 30, 2011

suara kehidupan: Ragam Awal Tahun.......

suara kehidupan: Ragam Awal Tahun.......

Ragam Awal Tahun.......




Tahun baru bermula ,tapi berbagai-bagai ragam ada.Ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan anak-anak,pelajar-pelajar Ipt memula sesi pembelajaran baru.......

Aku saperti biasa dengan urusan bistro dan kerja-kerja ngo.......Hujung minggu pula memenuhi jemputan perkahwinan.......

Semalam satu lagi jemputan aku hadiri bersama-sama teman baikku Jun dan Rina.......
Huuuhhuu........dua pasang penganti sekali bersanding,iaitu dua beradik lelaki naik pelamin,cantik dan manis sekali pengantin perempuan tu dah nampak kembar pula..........

awal tahun musim berkahwin ,hujung tahun musim menimang anak pula........inilah dikatakan roda-roda kehidupan........



Monday, August 2, 2010

RAGAM DALAM KEHIDUPAN

Pagi ini aku mendapat sms.....ada orang cuba memujuk ku dengan menerangkan bahawa dia sedang cuba membuat sesuatu untuk memperbaiki kesalahan yang telah dilakukan......
Emmmmmmmmmm tergelak kecil aku membacanya.........
tak payah lah cuba menegakan benang yang basah........hehehehehe
telah jelas dan nyata perbuatan mereka terhadap kami sekumpulan....

Ada manusia berlagak baik,sopan dan lurus tetapi mereka ini lebih jahat daripada mereka2 yang kita nyata tau sememangnya jahat......
Payah untuk kita membaca perangai atau perilaku manusia,kekadang orang yang kita sangka baik dan bersopan nyata adalah lebih teruk .........

Petang ini pula aku mendapat sms dari orang yg tidak ku sangka akan menghantar sms????????
apa tidaknya,telah sekian lama tidak menghantar sms,walau pun sebelum ini aku beberapa kali menghantar sms tidak dibalasnya......
Ini lah perangai manusia,apabila terantuk baru ternadah ??????????
Adakah sms yang dihantar ikhlas atau sekadar untuk melepas batuk ditangga...?????????
Hanya allah maha mengetahui!!!!!

Walau apa pun ini lah yang dikata kan ragam manusia...........

Wednesday, July 14, 2010

HARAPAN YANG MENGUNUNG.....

Baru sekarang aku teringat untuk menulis, sudah sekian lama aku tinggalkan laman ini rasanya lebih kurang tujuh bulan.......Banyak perkara-pekara berlaku dalam kehidupan ini,terutama diriku.Tahun 2010 telah mencatit memori dalam hidupku........
Yea apabila beberapa pekara yang tidak terduga berlaku dalam kehidupan ku...
Aku bukan seorang yang bangus dalam hayat ku.....
juga sepengetahuan ku tidak ada dalam keturunanku ada wali atau berkaitan dengan alam ghaib..
Tetapi pekara begini berlaku keatas diri ku.....
Adakah ini yang dikatakan mukgizat allah subhanawatalla....
Ini tidak dapat ku jawab hanya allah maha mengetahui......

Dalam usia ku mencapai setengah abad pekara-pekara begini berlaku.......
Allahhuakbar....allahhuakbar.....allahhuakbar.......
Kau maha mengetahi akan segala yang berlaku.......

Aku kini telah menjadi seorang yang lain..........

Sunday, January 24, 2010

Hidup ini

Lama aku meninggalkan halaman ini.....Apa tidaknya sentiasa sibuk dengan urusan kehidupan.Yealah hidup ini perlu diteruskan walau apa dugaan,walau apa halangan mesti diterukan.Aku akan cuba untuk merakam semula lakar kehidupan ini.


Perjalanan kehidupan ku yang penuh dengan dugaan dan rintangan, puas ku gagahi hingga kesaat ini.


Berlari-lari aku masuk kebawah rumah,eton memberikan signal supaya aku diam,sambil memberi isaharat petunjuk keatas dan menutup mulut.Kami tiga beradik duduk mencanggung sambil memerhatikan rumah depan dan menunggu kelibat perempuan.Perempuan inilah yang menghuruharakan keluargaku.Saperti kebiasaan setiap petang abah akan bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan kekasihnya.Gelagatnya menjadi perhatian kami kerana abah akan berdiri didepan tingkap memberi isharat kepada perempuan itu yang dia akan datang mengambilnya.Ini terjadi semasa emak sibuk mencari rezeki dikedai.


Subuh-subuh lagi emak keluar berniaga dikedai menjual nasi sehingga pukul tujuh malam.Abah tidak mengambil peduli akan kami adik beradik.Aku kesian melihat emak berkerja kuat siang malam,apa tidaknya selepas menutup kedai dirumah membuat persediaan untuk jualan besuknya.